Rabu, 1 Februari 2012

Syarat-Syarat Sah Solat

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Tamyiz (Dapat membezakan perkara bersih dan kotor)
  4. Mengetahui telah masuk waktu
  5. Menghadap kiblat
  6. Menutup aurat
  7. Suci daripada najis

Adab-adab Sebelum,Semasa Selepas Makan

Adab sebelum makan

  • pastikan makanan dari sumber yang halal
  • rezeki/pendapatan yang diperoleh untuk membeli makanan dari sumber halal (tiada rasuah, penipuan dan sebagainya),
  • redha dengan makanan yang dihidangkan (jangan komplen masin le… tak sedap le… dll). Sedap makan banyak, tak sedap makan sikit…

Adab semasa makan

  • Baca Bismillah,
  • Makan dengan tangan kanan (kalau makan western food – steak, potong dahulu baru suap dengan tangan kanan),
  • Kunyah makanan hingga lumat (44 kali),
  • Selagi makanan di dalam mulut belum di telan, jangan masukkan makanan yang lain.

Adab selepas makan

  • Disudahi dengan Alhamdulillah,
  • Jangan makan terlampau kenyang,
  • Basuh tangan selepas makan,
  • Bersyukur.

syurga: akhlak

syurga: akhlak